Fuad: Haaa... di Amerika Syarikat, dah jadi pengangguran yang tertinggi sejak 1983. Maknanya ada pengangguran yang lebih tinggi daripada hari ini sebelum tahun 1983. Apa pun, bagaimana dengan nasib ekonomi negara kita?
Bukankah negara kita memiliki Amerika Syarikat sebagai rakan niaga kedua terbesar? Juga Singapura sebagai rakan niaga pertama? Singapura ini ditaja siapa kalau bukan Amerika? Bendera kita pun mirip Amerika. Bagaimana dengan nasib ekonomi kita nanti? Siapa yang nak teka ni? Hahaha...
Nampaknya pemimpin Iran, Ahmadinejad berkata benar? Katanya Amerika perlu menghadkan campur tangan, hanya di sekitar negaranya sendiri. Kerana Amerika atau pun kerajaan puak Zionis yang berpusat di Amerika akan hancur.
Saya selalu tonton video si
DEMCAD. Dia mungkin dilihat seperti sedang cakap berseorangan. Tetapi apabila ada agensi berita tempatan melaporkan benda yang sama. Maknanya DEMCAD memang berkata benar. DEMCAD seorang warga Amerika Syarikat.
Begitu juga dengan si
drinkingwithbob. Setiap videonya saya tak pernah terlepas tonton. Walaupun ada yang sensitif tetapi ia merupakan pendapat dari seorang lagi warga Amerika Syarikat. Video di atas menceritakan kelembapan ekonomi tidak berakhir bagi rakyat tetapi hanya berakhir bagi pemodal besar.
p/s: Memang betul-betul berlaku kegawatan ekonomi ini bukan?