Friday, November 6, 2009

Fuad Cabar Kerajaan Hapuskan Subsidi Minyak


“Kerajaan menanggung subsidi 17.55 sen bagi setiap liter dan melepaskan cukai yang sepatutnya dikutip sebanyak 58.62 sen seliter untuk mengekalkan RON95 pada harga RM1.80 seliter. -Kerajaan tanggung subsidi 17.55 sen satu liter petrol
Fuad: Saya tak pakai pun RON95. Apa kelas RON95? Buat malu saja masa angkat pam RON95 yang berwarna kuning itu. Rasa macam mengemis pada kerajaan pula. Saya angkat pam RON97, penuh bergaya macam orang kaya. Pada hal gaji RM853.00 saja. Baru anak jantan! Baru boleh survive kalau orang campak ke Singapura.

Ini kalau kerajaan pusat (BN) rasa susah sangat, saya cabar mereka supaya hapuskan saja subsidi minyak. Habis cerita. Lagi pun, belanjawan negara mengalami defisit. Ada baiknya Najib hapuskan subsidi rakyat dan atasi masalah defisit belanjawan dengan duit subsidi itu.

Esok, kalau jadi lagi defisit belanjawan, Najib naikkan saja harga minyak. Senang saja. Apa susah.


PETRONAS Di Bawah Kawalan PM , Bukan Kabinet


Belanjawan 2009 Alami Defisit


2010 Defisit Belanjawan Meningkat

p/s: Woit! Syarikat Leo Burnett, Saatchi & Saatchi, McCann Erickson, F-Secure dan banyak lagi syarikat besar, pun ada beri subsidi minuman air tin pada pekerja mereka. Sebab itu mereka hanya perlu masukkan RM0.50 untuk beli satu tin Coke.

Sedangkan di Sekolah Sri KDU, murid-murid di sana bayar RM1.80 untuk setin air Milo. Syarikat besar tadi, beri subsidi berapa sen setiap tin? Lebih RM1.00 bukan? Lakukan kira-kiranya. Itu contoh dari syarikat orang kafir. Hahahah!

1 comment: