Saturday, January 2, 2010

Kenapa Orang Melayu Takut Kristian Guna Allah

Semua orang tahu apabila sebut Melayu sahaja individu itu semestinyalah beragama Islam.

Mutakhir ini ada agama lain mahu menggunakan perkataan Allah bagi mewakili perkataan Tuhan di dalam kitab suci mereka. Contohnya agama Kristian dapat menggunakan perkataan Allah dalam kitab Bible mereka.

Pelbagai persoalan timbul dalam fikiran saya:-

* Bible Bukan Injil
Tiada seorang pun yang tampil dengan hujahan ini. Mengapa pemimpin Melayu tidak berdakwah pada rakan Kristian dengan menyatakan kitab Bible mereka bukanlah kitab Injil yang mana orang Islam disuruh beriman?

Masih ingat rukun iman? Bukankah ada disuruh percaya kepada kitab-kitab (4 buah kitab)?

War-warkan pada umat Kristian kini, yang Bible mereka bukan Injil mengikut fahaman orang Islam. Kerana Injil sebenar sudah lenyap. Bible itu suatu kitab yang ubah-suai dari Injil. Kerana di dalam Injil ada disebut kedatangan Muhammad S.AW. Tetapi tiada di dalam Bible.

Bolehkah orang Islam beriman dengan kitab yang telah berubah isi kandungannya? Juga Bible mempunyai beratus-ratus versi. Mana satu nak ikut? Lupakan saja.

Sebagai tambahan, masih ingatkah umat Islam hari ini? Bahawa ada perkahwinan dengan ahli kitab? Bolehkah orang Islam kahwin dengan orang Kristian yang kitabnya tidak asli lagi? Apa yang dipercayai orang Kristian berdasarkan kitab yang telah terubah-suai? Boleh teruskan perkahwinan dengan kononnya ahli kitab sebegitu? Ragu-ragu bukan?

* Kalau Iman Kuat
Sudahlah kita duduk dalam acuan sekular tajaan kerajaan UMNO-BN. Bagaimanalah 2-3 kerat daripada orang UMNO-BN tidak risaukan perkara ini?

Segelintir daripada mereka ini amat prihatin dengan nasib orang-orang Melayu (yang baru nak kenal agama ini) takut-takut mereka tersalah pilih Allah yang sebenar.

Contohnya bila orang Melayu baca Bible, mereka jumpa perkataan Arab iaitu Allah yang bererti Tuhan sama seperti Al-Quran mahupun kitab tafsirnya.

Kenapa nak takut Melayu terpesong? Bukankah UMNO-BN mengaku Malaysia sebuah negara Islam. Perogol dan penzina semua selalu disebat dan direjam dengan batu di Dataran Merdeka?

Jadinya, keIslaman Malaysia ini amatlah kuat. Betul tak?

Perasuah-perasuah pun banyak yang telah dipotong tangan mereka kerana mencuri duit cukai rakyat beratus bilion ringgit. Malaysia ini sudah kuat Islamnya. Begitu juga rakyatnya. Betul tak?

Artis-artis pun sudah ramai yang naik haji di disko, video 3GP budak-budak Melayu yang menayangkan adab-adab berzina sangat banyak. Inilah negara Islam bukan?

Siaran-siaran hiburan di TV pun telah banyak berubah. Aznil kini telah banyak mendendangkan lagu-lagu dan tarian mengingati Tuhan di ASTRO.

Tidak terlepas, para pengacara TV semuanya sudah bertudung termasuklah Rosmah Mansor. Tiada sehelai rambut pun yang kelihatan apabila menonton berita.

Anak-anak menteri pun amatlah soleh. Mereka telah menunjukkan sahsiah peribadi yang mengalahkan lepasan Al-Azhar walaupun anak-anak VVIP ini sebenarnya lulusan universiti di UK yang lebih Islam dari yang Islam.

UMNO-BN tak perlu bimbang dengan acuan sekular mereka. Kerana acuan ini telah menguatkan iman anak-anak Melayu. Ini semua dijamin dengan kawal selia para pimpinan UMNO veteran seperti Mahathir.

p/s: Kalau nak melentur buluh biar dari rebungnya. UMNO-BN umpama ibu ketam yang mahu anaknya berjalan lurus.

Friday, January 1, 2010

Masukkan Emel Dalam Address Book | Yahoo Mail !

Saya dapat panggilan daripada seorang pembaca blog ini. Khabarnya dia ada terbaca yang saya menawarkan bantuan IT.

Dia menanyakan saya bagaimana untuk memasukkan emel dalam Address Book. Tambahnya lagi, hal ini disuruh oleh anaknya yang sedang bekerja di dalam sektor perkapalan di Mexico.

Ianya sangat mustahak kerana dia mahu berkomunikasi dengan cara emel bagi menjimatkan belanja. Panggilan telefon ke negara Latin itu sangat mahal.

Mak Cik: Macam mana nak masukkan emel dalam Address Book?

Fuad: Makcik guna Yahoo Mail ke?

Mak Cik: A'ah Yahoo.

Fuad: Saya guna GMail. Dah lama saya tak guna Yahoo ni.

Fuad: Tapi tak apa, (tak apa attitude). Makcik ada depan komputer ke sekarang ni?

Makcik: Ya depan komputer. Tapi laman web Yahoo, Makcik dah tutup.

Fuad: Macam ni, saya ada depan komputer. Saya tengah tengok Yahoo Mail saya.
Fuad: Boleh Makcik buka emel anak Makcik tadi?

Makcik: Kejap. Ok dah buka.

Fuad: Err... Kejap Makcik ... (Streamyx saya lembab) Yahoo Mail saya ... (pft!)

Fuad: Ha! Makcik nampak tak yang perkataan From tu?

Makcik: From? Dekat mana?

Fuad: Yang dekat nama pengirim tu.

Makcik: Ada nama dan emel sekali.
Fuad: OK. Sebelah dia ada Add To Contact.

Makcik: Tak ada pula.

Fuad: Eh?!

Fuad: OK. Apa yang Makcik nampak sekarang dalam skrin tu?

Makcik: Tapi sini ada butang hijau. Bila tunjuk saja dia keluar Send To Contact.

Fuadf: Saya punya Add To Contact. OK tak apa. Makcik klik saja.

Makcik: Klik Send To Contact tu?

Fuad: Ya. Makcik klik saja.

Makcik: Dah klik. Tapi tak keluar apa-apa pun?

Fuad: Eh?!

Makcik: OK dah keluar. Dia tulis Add to Address Book. Ada Name (First, Last), Email, Phone dan Nickname.

Fuad: OK bawah sekali Makcik nampak apa?

Fuad: Ada Add to Address Book dengan Cancel.

Fuad: OK. Makcik pilih Add.

Makcik: Add to Address Book ni?

Fuad: Ya.

Makcik: Macam itu saja? Lepas tu?

Fuad: Dah selesailah.

Fuad: Saya rasa sebab sekarangkan ada emel SPAM, jadi anak Makcik nak terima terus emel dari orang yang dia kenal. Sebab itu dia suruh Makcik masukkan emel dia dalam Address Book.

Makcik: OK Fuad, Makcik cuba dulu reply emel dia. Apa-apa nanti Makcik telefon lagi.

Fuad: Boleh-boleh.

Makcik: OK ya.

Fuad: OK...

Makcik: Waalaikumussalam.

Fuad: Waalaikumussalam eh? Assalam.. :P



Paparan Yahoo Mail Classic (Lama)

Paparan Yahoo Mail All New Mail (Baru)

101 Peniaga Bumiputera Kena Halau

Anggerik Mall
KUALA LUMPUR: Seramai 101 peniaga Bumiputera yang didakwa tidak membayar sewa di pusat beli-belah Anggerik Mall, Shah Alam, diarahkan keluar dari premis itu dalam tempoh sebulan bermula semalam.

... “Sejak kami ambil alih pengurusan bangunan Ogos lalu, 101 peniaga ini tidak membayar sewa yang hanya serendah RM300 hingga RM429 sebulan. Namun, kami masih bertimbang rasa dan mengeluarkan beberapa notis sebagai amaran.

“Malangnya, notis itu tidak diendah menyebabkan kami terpaksa mencabut fius aliran elektrik utama untuk menyedarkan pihak terbabit. Mereka umpama peniaga ‘setinggan’ kerana berniaga di premis kami dengan percuma, malah enggan menandatangani surat perjanjian untuk menyewa premis di bangunan yang diuruskan syarikat,” katanya pada sidang media di sini, semalam. ... - 101 peniaga diarah keluar
“Kita dalam lebih kurang 120 peniaga dan penyewa, kalau kita tengok dari hasil lama nak dapat RM30, RM40 ringgit satu hari pun susah. Kawan saya Sabariah terpaksa keluar nak cari hasil nak bayar sewa disebabkan orang tidak datang atau singgah tempat dia tu. Ini yang menjadi kesedihan kepada pihak penyewa kita”,katanya. - Persatuan Usahawan Anggerik Mall Persoal Tindakan Inno Elegan
Fuad: Shah Alam ini tempat orang Melayu elit tinggal bukan? Kalau sebelum Putrajaya dibina dahulu, Shah Alam inilah ibarat Putrajaya.

Sekarang sampai 101 orang peniaga Bumiputera diarahkan keluar. Ia seperti 3 buah kelas sekolah menengah ramainya.

Kalau tak bayar sewa, ini bermakna untung jualan tidak mencapai jumlah sasaran bayaran sewa. Atau pun mungkin cukup-cukup makan untungnya.

Perhatian Kepada Penganggur Semua !



Saya telah memohon kerja di JobsMalaysia.gov.my. Saya percaya, JobsMalaysia.gov.my ini merupakan idea Rosmah Mansor untuk meredakan para penulis blog dan para penganggur yang menentang kerajaan ketika ini.

Cara laman web http://www.jobsmalaysia.gov.my diiklankan di TV pun, ia dikeudarakan pada waktu berita. Nampak sangat ia ditujukan pada pengikut isu semasa seperti saya.

Buat Rosmah dan Najib, kalau ikhlas nak jadi pemimpin yang berjiwa rakyat, bagi sahaja rakyat peluang bekerja. Bukan menggugat mereka dengan kuota, inflasi, perkauman sempit serta retorik (cakap kosong).

Duit rakyat dicukai untuk kesejahteraan negara ini. Jadi agihkanlah wang rakyat itu (salah-satunya) melalui menggaji rakyat untuk bekerja untuk membangunkan negara ini. Kita lihat sejauh mana orang yang dapat kerja nanti!

Apa nak buat jika masih tidak dapat kerja?

Kita akan turun beramai-ramai dalam apa jua protes anjuran pembangkang atau NGO sampai jatuh kerajaan BN.


Protes GMI | SOGO | 1 OGOS 2009 | 3.30PM

p/s: PRU13 makin hampir. Kalau nak sedapkan hati rakyat, inilah masanya. Jadi BN dan pembangkang tunggu apa lagi?

Peratusan Pengguna Internet Di Malaysia



Fuad:
Bayangkan bagaimana Belanda mempunyai 86.8% rakyat yang tahu menggunakan Internet?

10 Minit Bersama Nexus One


Gula & Roti Putih Naik Harga


Krisis Bekalan Gula


Gula Naik Harga 20 Sen


Roti Putih Naik Harga


Krisis Tepung Di Malaysia

Fuad: Bila tanya budak-budak sekarang, "Apa itu subsidi?". Mereka akan jawab "Entah?".

Subsidi itu sebenarnya, ialah belanja. Katakan anda mahu beli gula, kemudian kerajaan kata gula telah disubsidi.

Maknanya kerajaan telah belanja kita gula.

Banyak mana kerajaan belanja? Kalau 50 sen sekilogram, maknanya kerajaan telah bayar siap-siap pada taukeh besar gula bagi hak 27 juta pembayar cukai. Dari mana kerajaan dapat duit? Tentulah daripada duit cukai rakyat jelata.

Apabila subsidi ditarik seperti kes roti putih, ertinya duit cukai kerajaan telah berkurangan.

Masakan duit itu cukup sekiranya kerajaan tidak mampu memberikan subsidi lagi?

Di sini kita harus bijak memerhati keadaan sebenar. Kerajaan kita sudah kekurangan dana dalam mengurus-tadbir negara. Orang putih panggil deficit.


2010 Defisit Belanjawan Meningkat


Belanjawan 2009 Alami Defisit

Jalan terdekatnya ialah dengan memerah duit rakyat. Ia diterjemahkan dengan inflasi (harga barang naik). Harga barang naik apabila subsidi ditarik. Wang subsidi digunakan kerajaan untuk kepentingan lain. Setujukah kita?

Ia seperti seorang suami yang tidak mampu mencari rezeki lagi, kemudian memecahkan tabung anaknya dan menggadaikan barang kemas isterinya. Si suami pun keluar rumah, pergi membeli rokok dan berkaraoke di kelab dangdut berbekalkan wang si anak dan wang gadaian barang kemas si isteri.

2010 merupakan tahun yang lebih mencabar berbanding 2009. Jika diteliti video kenaikan harga gula di atas, kerajaan ibarat seorang pengantin lelaki yang memendam pancutan berahi di malam pertama.

Mana tidaknya? Kenaikan harga gula ditahan-tahan sejak Hari Raya Aidil Fitri lagi. Sekarang tersembur sudah segalanya. Habis semua rakyat terkena kenaikan harga gula yang ditahan-tahan sebanyak RM0.20 sekilogram.

p/s: Tarif elektrik pun kalau tak silap belum tersembur lagi. Ditahan-tahan juga rasanya.