Semua orang tahu apabila sebut Melayu sahaja individu itu semestinyalah beragama Islam.
Mutakhir ini ada agama lain mahu menggunakan perkataan Allah bagi mewakili perkataan Tuhan di dalam kitab suci mereka. Contohnya agama Kristian dapat menggunakan perkataan Allah dalam kitab Bible mereka.
Pelbagai persoalan timbul dalam fikiran saya:-
* Bible Bukan Injil
Tiada seorang pun yang tampil dengan hujahan ini. Mengapa pemimpin Melayu tidak berdakwah pada rakan Kristian dengan menyatakan kitab Bible mereka bukanlah kitab Injil yang mana orang Islam disuruh beriman?
Masih ingat rukun iman? Bukankah ada disuruh percaya kepada kitab-kitab (4 buah kitab)?
War-warkan pada umat Kristian kini, yang Bible mereka bukan Injil mengikut fahaman orang Islam. Kerana Injil sebenar sudah lenyap. Bible itu suatu kitab yang ubah-suai dari Injil. Kerana di dalam Injil ada disebut kedatangan Muhammad S.AW. Tetapi tiada di dalam Bible.
Bolehkah orang Islam beriman dengan kitab yang telah berubah isi kandungannya? Juga Bible mempunyai beratus-ratus versi. Mana satu nak ikut? Lupakan saja.
Sebagai tambahan, masih ingatkah umat Islam hari ini? Bahawa ada perkahwinan dengan ahli kitab? Bolehkah orang Islam kahwin dengan orang Kristian yang kitabnya tidak asli lagi? Apa yang dipercayai orang Kristian berdasarkan kitab yang telah terubah-suai? Boleh teruskan perkahwinan dengan kononnya ahli kitab sebegitu? Ragu-ragu bukan?
* Kalau Iman Kuat
Sudahlah kita duduk dalam acuan sekular tajaan kerajaan UMNO-BN. Bagaimanalah 2-3 kerat daripada orang UMNO-BN tidak risaukan perkara ini?
Segelintir daripada mereka ini amat prihatin dengan nasib orang-orang Melayu (yang baru nak kenal agama ini) takut-takut mereka tersalah pilih Allah yang sebenar.
Contohnya bila orang Melayu baca Bible, mereka jumpa perkataan Arab iaitu Allah yang bererti Tuhan sama seperti Al-Quran mahupun kitab tafsirnya.
Kenapa nak takut Melayu terpesong? Bukankah UMNO-BN mengaku Malaysia sebuah negara Islam. Perogol dan penzina semua selalu disebat dan direjam dengan batu di Dataran Merdeka?
Jadinya, keIslaman Malaysia ini amatlah kuat. Betul tak?
Perasuah-perasuah pun banyak yang telah dipotong tangan mereka kerana mencuri duit cukai rakyat beratus bilion ringgit. Malaysia ini sudah kuat Islamnya. Begitu juga rakyatnya. Betul tak?
Artis-artis pun sudah ramai yang naik haji di disko, video 3GP budak-budak Melayu yang menayangkan adab-adab berzina sangat banyak. Inilah negara Islam bukan?
Siaran-siaran hiburan di TV pun telah banyak berubah. Aznil kini telah banyak mendendangkan lagu-lagu dan tarian mengingati Tuhan di ASTRO.
Tidak terlepas, para pengacara TV semuanya sudah bertudung termasuklah Rosmah Mansor. Tiada sehelai rambut pun yang kelihatan apabila menonton berita.
Anak-anak menteri pun amatlah soleh. Mereka telah menunjukkan sahsiah peribadi yang mengalahkan lepasan Al-Azhar walaupun anak-anak VVIP ini sebenarnya lulusan universiti di UK yang lebih Islam dari yang Islam.
UMNO-BN tak perlu bimbang dengan acuan sekular mereka. Kerana acuan ini telah menguatkan iman anak-anak Melayu. Ini semua dijamin dengan kawal selia para pimpinan UMNO veteran seperti Mahathir.
p/s: Kalau nak melentur buluh biar dari rebungnya. UMNO-BN umpama ibu ketam yang mahu anaknya berjalan lurus.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment